13 December 2012

Apakah erti Bahagia??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Bila aku buka facebook hampir setiap saat orang akan mengemaskini akaun mereka dengan gambar-gambar terbaru tak kira lah kemana mereka pergi, majlis apa yang mereka hadiri, situasi apa yang mereka lalui, tetapi kebanyakannya adalah dalam suasana atau perasaan yang gembira atau pun bahagia.

Tapi aku terfikir apakah erti sebenar bahagia? adakah ia diterjemahkan dengan gambar-gambar bahagia, pergi ke tempat-tempat yang orang lain tak mampu untuk pergi atau situasi yang orang tak mampu untuk kecapi.



Aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa "Bahagia bukan apa yang kita lihat tetapi apa kita rasa". Tetapi dalam konteks manusia kita akan rasa bahagia bila kita melihat sesuatu, terutamanya yang indah-indah. Bagi seseorang yang dilamun cinta, mereka akan merasa bahagia bila melihat seseorang yang mereka suka atau sayang, termasuk juga ibubapa mereka akan rasa bahagia bila melihat anak-anak mereka membesar menjadi orang yang berguna dan mempunyai keluarga dan mengurniakan mereka cucu-cucu yang comel-comel. 

Tapi bagaimana untuk mereka yang buta? mereka tak boleh melihat untuk mereka merasa. Adakah mereka rasa bahagia?

Itulah uniknya hati ciptaan Allah ini. "Kita rasa bahagia walaupun tanpa kita melihat"

p/s: Cinta Tak Harus Saling Memiliki
      Kadang Kala Mereka Harus Melepaskan Cinta Tersebut
      Kerana Cinta yang Sejati Selalu Ingin Membahagiakan
     Orang Yang dicintai


No comments: