Study week or study weak?? aku malas, jadi. Aku nak jadikan blog ni medium untuk aku study?? amacam boleh tak? Mesti boleh, sebab blog ni aku punye.
Gudang garam: Tak ada kene mengena dengan entri ni : merokok membahayakan kesihatan |
Kita sambung lagi tentang tajuk sebelum ni. Gudang data, bukan gudang garam yea. Macam mana term data warehousing atau gudang data boleh muncul. Dari pembacaan dan pemahaman aku lah. Terbit terms ni, bila mana wujudnya sistem automasi komputer. Seperti DSS atau Decision Support System, atau kalau di melayukan jadilah Sistem membantu membuat keputusan. Yup pelik tapi benar.
Sistem untuk apa? kebiasaannya sistem ni, contohnya macam kat bengkel kereta. Bengkel kereta pakai DSS ke? contoh je. Seorang pomen ni dah senaraikan beribu-ribu kes kerosakan kereta. Dari senarai tu beliau dah masukan ke dalam sebuah pangkalan data. Satu hari atas seorang pelanggan datang dan bertanya, kereta saya meletup-letup lah bila dipantu. Apa pomen ni buat? dia pon log in sistem, terus taip masalah tue. Sistem aku memcari keputusan berdasarkan maklumat yang diberi oleh pelanggan tadi.
Fikir dulu sebelum query |
POP up, keluar jawapan, sila tukar SPARK PLUG....hebat bukan?? macam mana jawapan tu boleh keluar, dari mana? Yezza gudang data atau pangkalan data yang telah pomen ni simpan dan update selama dia hidup.
Kiranyer macam expert system la...masuk term baru pulak dah...
Boleh faham ke?? lantak la...asal aku faham.
Lepas ni kita masuk pulak tentang, senibina gudang data ni.