17 March 2011

Exam la pulok

Assalamualaikum,

Minggu lepas memang sibuk, sibuk siapkan assignment, tarikh tutup submit 14 Mac, semua 4 aku hantar pada 12 dan 13 Mac. Efisyen tak? "time management" aku memang macam tu.Selagi belum dekat tarikh hantar, selagi tu lah tak bergerak nak buat assignment. Tapi kadang-kadang masalah jugak, sebab ada je hal-hal lain menyibuk. 

Aku nasihatkan pada diri aku dan student partime kat luar sana, JANGAN IKUT!!, bahaya. Kelam kelibut dibuatnya. 

Bala-bala, bala..bala...hahaha..tapi sendiri yang cari bala. Kalau sesiapa "offer" minta tolong ganti pergi mana-mana event atau kursus, terus cakap TAK NAK!, termasuk kita punya **ss. Tapi aku terlalu concern, kesian la kOot. Tapi pelajaran buat aku, sekarang orang tu dah merajuk, bila merajuk habis la SKT aku, confirm susah nak naik pangkat.

Oklah, aku nak lupakan semua kat atas ni buat sementara waktu, nak bagi tenang dulu. Orang kata politik kehidupan, pelajaran berguna untuk aku.

Episod hidup aku baru bermula, banyak siri-siri baru akan menyusul. Jadi apa perlu buat adalah siapkan diri untuk hadapi semua ni.

"Next episode", exam ler...berikut tarikh exam aku :


         Element of Data Warehousing 
         [6 April 2011] - [Rabu] -[ 9.00 pagi hingga 12.10 tghr]


        Data Warehausing Planning & Mngnt
        [9 April 2011] - [Sabtu] -[ 9.00 pagi hingga 12.10 tghr]


        Introduction to Statistics 
        [18April 2011] - [Isnin] -[ 2.00 ptg hingga 5.10 ptg]


       Integrated Marketing Communication
       [21 April 2011] - [Khamis] -[ 2.00 ptg hingga 5.10 ptg]

P/s: Aku redho dengan apa berlaku, perkara kecil jer. 
       Doakan aku yea kawan-kawan




No comments: