20 March 2011

Alangkah Lucunya Negeri Ini : Prieview Filem

Asslamualaikum,

"Alangkah lucunya Negeri ini", tajuk filem dari Indonesia. Bukan filem komedi, tetapi realiti hidup.

Alangkah lucunya
  Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Muluk. Sejak mendapat Ijazah dalam pengurusan, hampir 2 tahun Muluk belum dapat pekerjaan. Meskipun selalu gagal tetapi Muluk tidak pernah berputus asa


Komet berubah dari penyeluk saku kepada penjaja
Pertemuan dengan penyeluk saku bernama Komet tak disangka membuka peluang pekerjaan bagi Muluk. Komet membawa Muluk ke markasnya, lalu memperkenalkan kepada bosnya bernama Jarot. Muluk takut karena di markas itu berkumpul anak-anak seusia Komet yang pekerjannya adalah penyeluk saku.

Muluk berfikir dan melihat peluang yang ia tawarkan kepada Jarot. Ia meyakinkan Jarot bahawa ia dapat mengelola duit hasil seluk saku mereka, dan meminta 10% dari hasil , untuk biaya mendidik mereka

Kanak-kanak yang putus belajar, di ajar kembali
“Usaha yang dikelola Muluk berbuah, namun di hati kecilnya tergerak niat untuk mengarahkan para penyeluk saku agar merubah tabiat mereka. Dibantu dua rakannya yang juga pemilik Ijazah, Muluk membahagi tugas mereka untuk mengajar agama, budi pekerti dan kewarganegaraan.

Aku sarankan kita hayati jalan cerita filem ni, sebab banyak pengajaran yang boleh kita petik untuk iktibar bersama.

P/S: Mahukah negara ni, membuat rakyatnya berfikir "Alangkah lucunya negeri ini"


Post a Comment