25 February 2012

Tanam Kacang Panjang

Assalamualaikum WBT,

Seronok tengok sesuatu membesar...macam anak..sejak dari lahir lepas tu boleh mengomel-ngomel entah cakap apa-apa yang kita tak faham lepas tu pandai merangkak-rangkak, pandai bertatih-tatih walaupun kejap-kejap jatuh dan bangun semula..lepas bercakap sesuatu yang kita mula faham tapi pelat. Seronok-seronok..tapi belum masanya untuk aku..Insyaallah suatu hari nanti.

Tapi perkara yang kita tak mampu nak cepatkan, biarkan lah Dia menentukan tapi perkara yang boleh, baik kita buat sekarang contohnya macam tanam pokok kacang panjang. Hari ni aku nak kongsi gambar-gambar pokok kacang aku dari mula menyemai iaitu daripada benih kepada dah aku tanamkan kat batas.

Jom layan:

Hari pertama :


Aku semaikan benih-benih kacang di dalam bekas yang aku buat menggunakan botol air mineral lama.




Hari ke-5:

Setiap hari sebelum aku pergi keje aku akan semburkan air pada benih-benih semaian kacang. Semaian aku letakkan ditempat rendup supaya ia tak terlalu terkena sinaran matahari yang panas, panas sangat anak-anak pokok akan mati.



Hari ke-6 :


Macam biasa aku akan semburkan air pagi dan petang. Maaf gambar-gambar tak sempat amek pada hari-hari yang takde gambar tue, nk cepat pergi opis.




Hari ke-8 ( pindah ke batas ):


Jadi hari ini adalah hari ke 8, aku tengok anak pokok pon dah besar sampai tempat semaian tak dapat tampung tumbesaran. Masa untuk tanam ditempat yang sepatutnya supaya pokok kacang boleh menjalar dan berbuah.








p/s tak sabar tunggu hari esok...

19 February 2012

1 SMS

Assalamualaikum WBT,

Satu hari aku terima SMS berbunyi begini:

Mula-mula aku tanya kabar, jawapanyer

''Wslmsalam ...x perlu la msg b'tany kbr.. sy mlas la b'kwan dgn org yg cengeng, mdah kcil hati n b'angan lbih dr usaha.."


terima kasih mak...abah sebab tak putus asa terhadap anakmu ini walaupun orang lain telah berputus asa.. :'(

p/s: suatu penghinaan aku tetap anggap ia suatu motivasi Insyaallah..

18 February 2012

Langkawi sky cab

Assalamualaikum WBT,

Pada 10, 11, dan 12 Febuari lepas aku sempat mengembara ke Pulau Langkawi untuk melihat sendiri apa yang menarik perhatian pelancong seluruh dunia. 


Stesen Pangkalan terletak pada kaki gunung Machincang. Dari sini, kteorg ke gunung Machincang sejuk melalui sistem kereta kabel. Ia adalah satu pengalaman yang menggembirakan, apa taknyer sebab aku dapat untuk melihat flora dan fauna yang mengelilingi kawasan.

Sebuah stesen cablecar perantaraan pada rabung timur menyediakan akses yang lebih diingini ke tebingtimur dengan serombong 3 menegak dan pandangan 360 darjah yang indah. Buat kali pertama,aku dapat melihat pada jarak dekat pembentukan geologi yang unik julat Machincang, yang ada kat sini kira-kira 450 juta tahun yang lalu.

Jadi layan la video pendek pengalaman aku kat sana:



Perjalanan dari Stesen Pangkalan ke Stesen Tengah akan meliputi 1,700 meter dalam jarak dan apabila sampai ke Stesen Tengah di ketinggian 650m di atas paras laut, aku dapat turun dan berjalan sehingga platform. Pengunjung akan menikmati panorama pulau utama serta banyak pulau-pulau sekitarnya. aku juga akan dapat melihat pada jarak dekat flora yang unik pada rabung dan lembah hutan antara Stesen Tengah dan Stesen paling atas sekali.















 

p/s: Subhanallah sangat mengagumkan....

15 February 2012

PROTON MODEL BARU 2012

Assalamualaikum WBT,

Sharing is caring... 

spec?? baca kat blog ni >>> Funtastickodesign











p/s: kat blog automotif lain sume dah buang balik...tapi mai la aku share kan balik..kui..kui

07 February 2012

Balik Kampung Lagi...

Assalamualaikum WBT,

Lepas jer perarakan Maulud Nabi pagi Ahad lepas aku berfikir panjang "hari isnin cuti, hari selasa cuti..aku pulak dok sorang kat rumah sewa ni...baik aku balik kampung". Itu lah jadinyer aku pon siap-siap packing beg siap sedia nak merempit balik Simpang Rengam.

Kebiasaannya kalau balik kampung ni beg aku memang tak ada isi baju basahan, cuma baju untuk basah..baju hujan la tu..

Macam biasa kat kampung keje aku adalah berkebun..tolong mak aku menyemai pokok bunga maklum la mak aku sekarang berkerja sambilan kat kilang telor kepunyaan FELDA, kene pulak dengar mak aku bagitau hari Rabu ada orang nak periksa laman rumah ala kira macam pertandingan la tu...macam-macam. Aku kalau takde pertandingan pon aku tetap akan teruskan niat murni nak cantekkan laman rumah aku ni yela rumah sendiri kan. Lagi pon ni la keje-keje murni yang bole aku bantu mak dan abah aku kat rumah..adik beradik lain semua duduk jauh tak de sape nak tolong.

Plan utama mula-mula nak tengok hasil aku semai anak bunga tempoh hari. Tapi nampaknya penghadang yang aku buat untuk halang ayam kais anak benih tu dah mula roboh sebab aku cuma gunakan kayu pelita raya tahun lepas yang dibuat dari kayu buloh je.

ni yang lama pakai buloh pelita jek

ni yang baru pakai kayu keras sikit

Selain tu aku buatkan jugak para bertingkat untuk letakkan semua bunga dalam pasu supaya senang nak jaga dan nampak lebih seragam..tapi mungkin mak aku tak ada masa nak jaga bunga-bunga die ni..takpe la Insyaallah aku akan balik selalu tengok-tengok kan..

para bertingkat



Tak sah kalau balik kampung tak jenguk anak buah aku yang comel tu..anis..dengar citer dah pakai kereta baru, aku yang dah tua pon belom beli kereta Anis baru 4 tahun dah ada kereta..jadi malam tu aku mak dengan Sarip adik bongsu aku terus bergegas ziarah adik-adik aku...kat kiosk dan kat rumah.

kereta pon nak warna pink ke?



p/s: Anis acik ejan nak beli kereta macam ni >>> kereta baru 2012

05 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Assalamualaikum WBT,


Hari ini 12 Rabiul awwal 1433 adalah hari Keputeraan Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
oleh itu marilah kita bersama-sama mengingati Rasullah SAW dengan mengucapkan selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nya.




صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya




Bersempena hari keputeraan Nabi SAW, aku berkesempatan lagi sekali menyertai perarakan Maulud yang di langsung di Putrajaya, kali ini berarak dari Masjid Tuanku Mizan ke Masjid Putra kira-kira 2.5 Kilometer jarak jauhnya.

Berikut Serba sedikit gambar yang aku sempat tangkap untuk kenang-kenangan:



















p/s: aku rasa baju tahun lepas lagi cun...hihihi dah bagi free pon merungut jugak...:P