25 January 2012

Aktiviti Cuti..

Assalamualaikum WBT,


Lepas jer tebang pokok kat rumah sewa aku cadang nak balik tengahari tu lepas Zuhur. Tapi kepenatan jadi aku tangguh tido kejap, bangun jer dah pukul 4 lebih so aku tunggu masuk Asar. Lepas solat, beg sume dah packing letak tepi pintu. Tetiba hujan turun dengan lebat, tunggu la kejap hujan reda sambil layan movie, tunggu punya tunggu jejak pukul 6.30. Tengok jam dah dekat pukul 7, tak boleh jadi. Kat luar hujan masih renyai. Aku nekad sarung baju hujan terus jer gerak.

Sampai kampung pukul 12 lebih tengah malam. Pagi esok tu, walaupun tak bape nak cukup tido dengan penat pon belum abes terus jer aku tinjau-tinjau laman rumah. Tengok tapak semaian bunga yang aku buatkan untuk mak, aku tengok ade 2 jer yang berbunga. Bila tanya mak kenapa yang lain xde pokok, mak cakap bila semai jer ayam kais. Yela bila kita campur tanah dengan baja dan benih ayam suka la. Jadi apa aku buat??

Ni je pokok bunga yang jadi.
apa ntah nama pokok bunga ni.

tapak semaian aku dah line clear kan siap semai balik anak pokok.

harap anak pokok bunga ni jadi.




Mudah-mudahan lepas aku pagar ni  takde ayam kais2 dah.

siap letak batu bagi berat sikit tepi-tepi die.

Selain semai balik pokok bunga, koje aku layan budak kecik ni la. Sibuk nak amek gambo sendiri. Layan la gambar-gambar anis yang die snap sendiri pakai phone aku.




ni ape daaa??

tanjat boboi tengok gambo ni....

 Kita ni kalau dah selalu online bila sehari tak online terasa pelik pulak, pinjam jap notebook abang aku. Nak masuk facebook punye lah lembab sebab line tak bape ade kat area kampung. Jadinyer aku layan movie kat notebook ni. Tapi tu la bila ramai sangat anak ni susah nak jaga. Lagi-lagi yang putih ni orang nak tengok movie die pon nak tengok jugak...haisshh

sibuk la si putih ni

nak tengok movie ke nak kacau jer...

ni dah kes dengki ni...
p/s: kat rumah memang banyak kucing, mak aku selalu bising bila kucing-kucing ni melepas merata. Tapi pelik nyer mak dengan mulut pot pet pot pet...die tetap cuci jugak...tak penah dipukul kucing tue....

2 comments:

ismera said...

bijak la si putih tu... time tarian pom2..siap tegak kepala dia.. bila pelakon lelaki beraksi..dia tak tgk pun...ni mesti ko ajar dia ye ijan???

Unknown said...

kucing jantan tu natural behaviour la tu