25 February 2012

Tanam Kacang Panjang

Assalamualaikum WBT,

Seronok tengok sesuatu membesar...macam anak..sejak dari lahir lepas tu boleh mengomel-ngomel entah cakap apa-apa yang kita tak faham lepas tu pandai merangkak-rangkak, pandai bertatih-tatih walaupun kejap-kejap jatuh dan bangun semula..lepas bercakap sesuatu yang kita mula faham tapi pelat. Seronok-seronok..tapi belum masanya untuk aku..Insyaallah suatu hari nanti.

Tapi perkara yang kita tak mampu nak cepatkan, biarkan lah Dia menentukan tapi perkara yang boleh, baik kita buat sekarang contohnya macam tanam pokok kacang panjang. Hari ni aku nak kongsi gambar-gambar pokok kacang aku dari mula menyemai iaitu daripada benih kepada dah aku tanamkan kat batas.

Jom layan:

Hari pertama :


Aku semaikan benih-benih kacang di dalam bekas yang aku buat menggunakan botol air mineral lama.




Hari ke-5:

Setiap hari sebelum aku pergi keje aku akan semburkan air pada benih-benih semaian kacang. Semaian aku letakkan ditempat rendup supaya ia tak terlalu terkena sinaran matahari yang panas, panas sangat anak-anak pokok akan mati.



Hari ke-6 :


Macam biasa aku akan semburkan air pagi dan petang. Maaf gambar-gambar tak sempat amek pada hari-hari yang takde gambar tue, nk cepat pergi opis.




Hari ke-8 ( pindah ke batas ):


Jadi hari ini adalah hari ke 8, aku tengok anak pokok pon dah besar sampai tempat semaian tak dapat tampung tumbesaran. Masa untuk tanam ditempat yang sepatutnya supaya pokok kacang boleh menjalar dan berbuah.








p/s tak sabar tunggu hari esok...

No comments: