01 February 2012

Aktiviti Cuti Hari Wilayah

Assalamualaikum WBT,

Hari cuti wilayah, jadi aku yang berkerja kat Putrajaya cuti. Rasa dah macam hari Ahad pon ada. Macam biasa  kalau dah cuti memang bangun pon lambat, rugi pulak masa untuk mengemas. Tak banyak masa pon takpe yang penting keje mengemas jalan. Mula-mula kemas bilik aku, yang penuh dengan habuk dan rambut aku yang gugur. Petang tu pulak aku dengan Shuha bakar pokok besar yang dah di tebang 2 minggu lepas. So boleh bandingkan lah keadaan masa pokok tu ade yang sekarang ni.

tinggal tunggul jer

dahan kene bako

Pandangan bila pokok dah takde

lapang sikit

laman rumah kami
Lepas ni boleh la aku teruskan hobi baru aku nanti Insyaallah. Aku kene cari cangkul lah pulak nak bagi buang sume rumput rumpai. Besi-besi  buruk kat tepi rumah tu pon nak kene di lenyapkan jugak, bila la apek beli besi buruk nak lalu ni..

p/s : kebersihan adalah sebahagian dari Iman..
Post a Comment