07 February 2012

Balik Kampung Lagi...

Assalamualaikum WBT,

Lepas jer perarakan Maulud Nabi pagi Ahad lepas aku berfikir panjang "hari isnin cuti, hari selasa cuti..aku pulak dok sorang kat rumah sewa ni...baik aku balik kampung". Itu lah jadinyer aku pon siap-siap packing beg siap sedia nak merempit balik Simpang Rengam.

Kebiasaannya kalau balik kampung ni beg aku memang tak ada isi baju basahan, cuma baju untuk basah..baju hujan la tu..

Macam biasa kat kampung keje aku adalah berkebun..tolong mak aku menyemai pokok bunga maklum la mak aku sekarang berkerja sambilan kat kilang telor kepunyaan FELDA, kene pulak dengar mak aku bagitau hari Rabu ada orang nak periksa laman rumah ala kira macam pertandingan la tu...macam-macam. Aku kalau takde pertandingan pon aku tetap akan teruskan niat murni nak cantekkan laman rumah aku ni yela rumah sendiri kan. Lagi pon ni la keje-keje murni yang bole aku bantu mak dan abah aku kat rumah..adik beradik lain semua duduk jauh tak de sape nak tolong.

Plan utama mula-mula nak tengok hasil aku semai anak bunga tempoh hari. Tapi nampaknya penghadang yang aku buat untuk halang ayam kais anak benih tu dah mula roboh sebab aku cuma gunakan kayu pelita raya tahun lepas yang dibuat dari kayu buloh je.

ni yang lama pakai buloh pelita jek

ni yang baru pakai kayu keras sikit

Selain tu aku buatkan jugak para bertingkat untuk letakkan semua bunga dalam pasu supaya senang nak jaga dan nampak lebih seragam..tapi mungkin mak aku tak ada masa nak jaga bunga-bunga die ni..takpe la Insyaallah aku akan balik selalu tengok-tengok kan..

para bertingkat



Tak sah kalau balik kampung tak jenguk anak buah aku yang comel tu..anis..dengar citer dah pakai kereta baru, aku yang dah tua pon belom beli kereta Anis baru 4 tahun dah ada kereta..jadi malam tu aku mak dengan Sarip adik bongsu aku terus bergegas ziarah adik-adik aku...kat kiosk dan kat rumah.

kereta pon nak warna pink ke?



p/s: Anis acik ejan nak beli kereta macam ni >>> kereta baru 2012
Post a Comment