29 March 2012

ADA AKU KESAH = I DON'T GIVE A DAMN

Assalamualaikum WBT,

Saja nak kongsi ayat ni :



“People don’t care how much you know until they 


know how much you care! 


Orang tak peduli sebanyak mana kita tahu, 


sehinggalah mereka tahu sejauh mana kita peduli”



Orang tak peduli apa yang kita ada, samada duit, harga, ilmu setinggi langit, alim atau baik mana pon kita..selalunya orang sekarang cakap "ada aku kesah". Tapi orang akan mula kesah bila kita tanya kabar, kalau dia baru sambut hari lahir, kita ucapkan atau bila baru dapat anak kita ucap tahniah, bila ada ahli keluarga yang baru meninggal kita ucap takziah...banyak lagi lah kalau nak cerita...

ayat femes orang putih dorang cakap "i don't give a damn!!"...

P/S: so jangan pandai kutuk orang selalu, cermin lah diri selalu...kalau tengok cermin tak nampak...amek cermin hempuk jer kat kepala bagi pecah.

Perkembangan Pokok Kacang

Assalamualaikum WBT,

Sementara menunggu anak pokok cili yang sedang aku semai, pokok kacang yang aku tanam dah mula menjalar-jalar. Oleh kerana aku tak dapat nak pancang tiang tinggi-tinggi, terpaksalah aku gantungkan pada dawai yang aku sangkut kat grill tingkap rumah.


kayu takde, paip pvc dengan besi knopi lama aku sebat

nak lagi tinggi tak boleh jadi aku divert ikut dawai

dawai pulak aku sangkut kat grill tingkap

Sementara tu pagi rabu lepas aku dah pun semaikan anak benih pokok cili, harini masuk hari ke-2, jadi sepatutnya esok atau lusa anak pokok tu dah mula bercambah.

simpan dalam plastik sampah

siap je tanam benih bungkus dalam beg plastik

tempat semaian paling strategik (atas para)
Masa aku mula semai pokok kacang, anak pokok tomato ni sekali aku semai, tapi pertumbuhan agak slow..takpe yang penting ia hidup..mungkin nak kene bubuh baja agaknya.

anak pokok tomato 

anak pokok yang lain aku letak dalam polibeg jer

28 March 2012

Proses semaian cili

Assalamualaikum WBT,

Setelah dapatkan peralatan untuk mulakan projek tanaman secara fertigasi mini, aku telah kemaskan laman rumah untuk aku tempatkan sistem tu nanti. Buat sementara waktu memang tak sempat sebab tak ada masa nak set-up sistem tu. Lagipun aku masih tengah nak dapatkan teknik-teknik yang betul dan sesuai untuk mulakan sistem tu nanti.

Walau bagaimana pun anak pokok cili yang aku tanam tu nanti kene siap sedia bila sistem tu dah di set-up, jadi sementara tunggu anak pokok aku semaian dulu dari benih. Aku ada buat rujukan dari laman-laman web agro dan ada juga dari youtube. Rupa-rupanya ramai dan dah lama orang gunakan teknik untuk projek pertanian komersil.

Betulah apa yang kerajaan war-warkan "Pertanian adalah Perniagaan"

Aku menggunakan rujukan dari web Romatech Agro dan dari youtube yang ada orang upload video step-by-step penyemaian anak benih.

medium semaian dah aku sediakan untuk esok

Biji benih dah aku rendam 

27 March 2012

Sistem Fertigasi Mini

Assalamualaikum WBT,

 Semalam dengan bantuan Kerol, aku telah membeli alatan-alatan sistem fertigasi mini di Mentah Agromart Dengkil.

  Apa itu fertigasi?? ia adalah teknik penanaman moden, tanaman yang ditanam menggunakan sistem ini tidak ditanam terus ke tanah tetapi ia ditanam didalam polibeg, manakala medium tanaman pula menggunakan sabut kelapa atau sekam padi.

  Selain dari itu ia juga menggunakan teknik pembajaan secara automatik, dimana baja yang dibancuh akan disalurkan ke setiap pokok menggunakan sistem paip khas. Pembajaan juga dilaksanakan secara automatik dengan kawalan pam dan timer khas. Oleh itu ia hanya memerlukan penjagaan yang minimal.

Kebiasaannya jadual baja adalah 5 kali sehari.

Contoh tanaman fertigasi (sumber google)

Lakaran sistem fertigasi (sumber google)


Sistem Fertigasi skala besar (sumber google)   

Petang semalam sempat juga aku kemas-kemas kawasan yang akan aku set-up sistem ni...Insyaallah akan aku upload gambar-gambar akan datang.

P/s: dalam rancangan nak buat step-by-step / day to day entri untuk sistem fertigasi ni...tungguuuu!!!

23 March 2012

Cerita dah lepas

Assalamualaikum WBT,

2 minggu lepas balik kampung dengan beberapa tujuan, kebiasaan nak jumpa mak abah. Selain tu ada hal-hal lain, termasuklah renew lesen kedai, ziarah adik-beradik aku kat Ulu Tiram dan yang utama adalah bantu uruskan majlis pertunangan adik aku yang ke-6. Sambil tu jugak aku pergi ke pusat service suzuki untuk tukar auto tensioner si belang aku.

tetamu yang hadir

bakal mak mertua menyarung cicin

Selain tu layan anak buah aku si anis tu..:

mula-mula 1 jer

lepas tu banyak


dah siap susun posing pulak

tau dah motif susun-susun ni

lepas main biarkan jer 

tengokla anis ni, bila orang datang mula la die keluarkan semua mainan-mainan, abis disusunnyer lepas tu suruh pakcik die amik gambar. Kesian kat mama kene kemas. 

Sempat jugak bawak si kecik berjalan main playground sampai taknak balik..






Sebulan lepas pakai belangkas ni, ade bunyi bising pulak kt area blok motor ni, bila tanya kt forum dorang kata auto tensioner..aku tanya apa kene buat dorang bagitau kalau ade warranty lagi pergi jer pusat servis..jadi aku pon melilau area Skudai, pening kepala sebab sesat banyak kali akhirnya jumpa juga taman setia tropika tempat terletaknya SC Suzuki tu.
belangkas ku sudah siap
p/s: ada yang perli aku tulis hal sendiri dalam blog aku ni..dalam hati aku kata "ade aku kessssssahh!!!"

22 March 2012

Apa jadi Pokok Kacang Panjang?

Assalamualaikum WBT,

Apa jadi dengan pokok kacang panjang yang aku dah pindah ke batas tempoh hari..jom layan apa jadi:




aku pon dah tak tau hari ke berapa dah pokok kacang ni, tapi apa yang berlaku sekarang pokok tu dah mula menjalar, Insyaallah akan datang berbuah pokok ni.

Selain dari pokok kacang aku juga ada semaikan pokok tomato..layan sikit gambar:



anak pokok tomato ni agak lambat sikit tumbuh berbanding pokok kacang.

p/s: Insyaallah aku akan laksanakan sistem fertigasi untuk tanam sayur-sayur..cadanganya nak buat "kitchen's Garden". Dah survey tinggal nak beli jer mini sistem tu.