28 March 2012

Proses semaian cili

Assalamualaikum WBT,

Setelah dapatkan peralatan untuk mulakan projek tanaman secara fertigasi mini, aku telah kemaskan laman rumah untuk aku tempatkan sistem tu nanti. Buat sementara waktu memang tak sempat sebab tak ada masa nak set-up sistem tu. Lagipun aku masih tengah nak dapatkan teknik-teknik yang betul dan sesuai untuk mulakan sistem tu nanti.

Walau bagaimana pun anak pokok cili yang aku tanam tu nanti kene siap sedia bila sistem tu dah di set-up, jadi sementara tunggu anak pokok aku semaian dulu dari benih. Aku ada buat rujukan dari laman-laman web agro dan ada juga dari youtube. Rupa-rupanya ramai dan dah lama orang gunakan teknik untuk projek pertanian komersil.

Betulah apa yang kerajaan war-warkan "Pertanian adalah Perniagaan"

Aku menggunakan rujukan dari web Romatech Agro dan dari youtube yang ada orang upload video step-by-step penyemaian anak benih.

medium semaian dah aku sediakan untuk esok

Biji benih dah aku rendam 

video
Post a Comment