27 March 2012

Sistem Fertigasi Mini

Assalamualaikum WBT,

 Semalam dengan bantuan Kerol, aku telah membeli alatan-alatan sistem fertigasi mini di Mentah Agromart Dengkil.

  Apa itu fertigasi?? ia adalah teknik penanaman moden, tanaman yang ditanam menggunakan sistem ini tidak ditanam terus ke tanah tetapi ia ditanam didalam polibeg, manakala medium tanaman pula menggunakan sabut kelapa atau sekam padi.

  Selain dari itu ia juga menggunakan teknik pembajaan secara automatik, dimana baja yang dibancuh akan disalurkan ke setiap pokok menggunakan sistem paip khas. Pembajaan juga dilaksanakan secara automatik dengan kawalan pam dan timer khas. Oleh itu ia hanya memerlukan penjagaan yang minimal.

Kebiasaannya jadual baja adalah 5 kali sehari.

Contoh tanaman fertigasi (sumber google)

Lakaran sistem fertigasi (sumber google)


Sistem Fertigasi skala besar (sumber google)   

Petang semalam sempat juga aku kemas-kemas kawasan yang akan aku set-up sistem ni...Insyaallah akan aku upload gambar-gambar akan datang.

P/s: dalam rancangan nak buat step-by-step / day to day entri untuk sistem fertigasi ni...tungguuuu!!!

Post a Comment