23 March 2012

Cerita dah lepas

Assalamualaikum WBT,

2 minggu lepas balik kampung dengan beberapa tujuan, kebiasaan nak jumpa mak abah. Selain tu ada hal-hal lain, termasuklah renew lesen kedai, ziarah adik-beradik aku kat Ulu Tiram dan yang utama adalah bantu uruskan majlis pertunangan adik aku yang ke-6. Sambil tu jugak aku pergi ke pusat service suzuki untuk tukar auto tensioner si belang aku.

tetamu yang hadir

bakal mak mertua menyarung cicin

Selain tu layan anak buah aku si anis tu..:

mula-mula 1 jer

lepas tu banyak


dah siap susun posing pulak

tau dah motif susun-susun ni

lepas main biarkan jer 

tengokla anis ni, bila orang datang mula la die keluarkan semua mainan-mainan, abis disusunnyer lepas tu suruh pakcik die amik gambar. Kesian kat mama kene kemas. 

Sempat jugak bawak si kecik berjalan main playground sampai taknak balik..






Sebulan lepas pakai belangkas ni, ade bunyi bising pulak kt area blok motor ni, bila tanya kt forum dorang kata auto tensioner..aku tanya apa kene buat dorang bagitau kalau ade warranty lagi pergi jer pusat servis..jadi aku pon melilau area Skudai, pening kepala sebab sesat banyak kali akhirnya jumpa juga taman setia tropika tempat terletaknya SC Suzuki tu.
belangkas ku sudah siap
p/s: ada yang perli aku tulis hal sendiri dalam blog aku ni..dalam hati aku kata "ade aku kessssssahh!!!"
Post a Comment