Assalamualaikum WBT,
Sementara menunggu anak pokok cili yang sedang aku semai, pokok kacang yang aku tanam dah mula menjalar-jalar. Oleh kerana aku tak dapat nak pancang tiang tinggi-tinggi, terpaksalah aku gantungkan pada dawai yang aku sangkut kat grill tingkap rumah.
.jpg)  | 
| kayu takde, paip pvc dengan besi knopi lama aku sebat | 
.jpg)  | 
| nak lagi tinggi tak boleh jadi aku divert ikut dawai | 
.jpg)  | 
| dawai pulak aku sangkut kat grill tingkap | 
Sementara tu pagi rabu lepas aku dah pun semaikan anak benih pokok cili, harini masuk hari ke-2, jadi sepatutnya esok atau lusa anak pokok tu dah mula bercambah.
.jpg)  | 
| simpan dalam plastik sampah | 
.jpg)  | 
| siap je tanam benih bungkus dalam beg plastik | 
.jpg)  | 
| tempat semaian paling strategik (atas para) | 
Masa aku mula semai pokok kacang, anak pokok tomato ni sekali aku semai, tapi pertumbuhan agak slow..takpe yang penting ia hidup..mungkin nak kene bubuh baja agaknya.
.jpg)  | 
| anak pokok tomato  | 
.jpg)  | 
| anak pokok yang lain aku letak dalam polibeg jer | 
 
1 comment:
wah rajinnye..bagus2..berbudi pada tanah..
Post a Comment