Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku nikmat kehidupan, semoga dengan bertambah usia ini, bertambah jua Iman dan Taqwa kepada-Nya.
Iye, usia aku bertambah lagi. Sebentar tadi aku tonton 30 minit Ustaz Don istimewa sempena episod yang ke-100. Dalam rancangan tu Ustaz Don bagitau umur beliau, tak sangka sebaya dengan aku.
Perjalan hidup ini masih jauh |
Tapi jauh disudut hati aku bertanya apa yang dah aku capai selama ini?? kerdil jer rasa diri aku ni, malu dengan diri sendiri bila rakan-rakan sebaya semua berjaya dalam hidup membanggakan ibu bapa dan keluarga mereka.
Tapi juga belum terlambat untuk aku gapai impian untuk berjaya dalam hidup ini.
Aku selalu ingatkan pada diri aku sendiri, kejayaan, harta bukan ukuran semuanya akan kembali kepada satu iaitu pencipta.
p/s: hidup tanpa cita-cita mati, cita-cita tanpa usaha mimpi, usaha tanpa doa tragedi...
1 comment:
ok lah bro baru 28 kawan dah 2 kali baligh dah
Post a Comment