20 July 2012

Hutang..oh hutang...

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Lama tak menulis tiba-tiba aku kembali dengan tajuk agak biasa bagi kita semua, iaitu HUTANG!

Kadang-kadang terlintas dalam fikiran aku, walaupun kerja tetap dan berpencen tapi dalam benak fikiran aku masih lagi dihimpit dengan bebanan hutang, walaupun tak menjejaskan kehidupan tapi ia tetap menjadi sesuatu yang akan tetap kita perlu fikirkan menjelang hujung bulan atau waktu gaji.

Sepatutnya mat rempit dan mat-mat kutu di kampung tu bersyukur kerana walaupun mereka hidup dipandang serong oleh masyarakat tapi hakikatnya mereka tiada beban hutang.


Harap kawan-kawan yang berhutang dengan aku tu harap bayar la yer hutang!!

07 June 2012

Pesan Sahabat Ku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Semalam jumpa sahabat baik ku Suhaimi, nak cerita pasal Suhaimi ni, kami jumpa dalam situasi yang agak pelik iaitu di RHB Bank semasa nak bayar yuran semester 5 ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

ketika majlis perkahwinan  Mie

Dari situ lah bermula persahabatan aku dengan Mie ni, walaupun bukan dari kelas yang sama, dan jarang berhubung ketika di Poli dulu. Tapi banyak permasalahan dapat kami atasi bersama. Lagi-lagi Mie lah yang tolong aku.

Lepas jer Poli kami tak terus balik kampung, kami masih berkelana di Perak bekerja dengan syarikat kecil milik bumiputra dimana kami diberi gaji yang tak setaraf dengan kerja yang kami buat. Tapi oleh kerana inginkan pengalaman kerja kami tempuhi jua dugaan menginap di penjabat sepanjang bekerja dengan syarikat tersebut. Banyak suka-duka kami tempuhi bersama.

Tapi setiap manusia diberi fitrah untuk bersama dengan orang tersayang. Mie Berkahwin dahulu dan aku lah orang berada disetiap ketika waktu merisik, bertunang dan hari pernikahan Mie.

pernikahan Mie


Dan hari-hari sebagai sahabat diambil alih oleh tanggungjawab sebagai suami. Tinggal aku pula yang mencari ketika ini dan sendiri.

Tapi Mie tetap Mie yang dulu, tetap teruja bila cerita tentang multimedia. Maklumla pakar Flash. Tetap Mie yang boleh buat lawak dan bagi nasihat agama dalam waktu yang sama.

Kami selalu bercerita tentang gadis idaman kami, walaupun kami ni tak sebaik mana tapi selalu jer mendambakan gadis yang solehah sebagai peneman hidup. Mie dah pon dapat apa yang diimpikan.

Sebagai sahabat setiap kali jumpa ada jer calon yang nak dikenalkan dengan ku. Tapi pesanan yang selalu keluar dari mulutnya, "Ikhtikaroh Jan..biar hati ko tenang Jan, biar Dia yang tentukan". Malu aku bila dapat nasihat. Sebab jarang buat...Maklum lah, bila diri terasa susah hati baru nak ingat tuhan, minta pada Dia. Bila senang jarang-jarang jer.


p/s: terima kasih Mie sebab selalu jer beri aku nasihat..buat aku yakin pada ketentuan Nya

04 June 2012

Teringat Kisah kakak ku

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Kakak ku Alhamdulillah selamat berkahwin, tapi yang menarik dengan pasangan yang sangat tak diduga. Jom aku cerita macam mana kakakku bertemu jodoh.

Suatu pagi di rumah kampung ku di Felda Layang-layang, Johor, macam biasa bila aku balik kampung aktiviti pagi-pagi ku adalah menyapu sampah, merangut daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Aktiviti rutin sejak aku masih belajar lagi, itu adalah tanda terima kasih aku kepada mak dan abah sebab tak apa yang dapat aku berikan pada ketika itu. Lagi satu sebab aku ni anak paling nakal dalam keluarga apa-apa masalah semuanya datang daripada aku. 



kakak ku bertunang pelamin adikku Norsakdah

Arghh!!..lupakan kisah ku, jadi pada suatu pagi yang indah sedang aku sedang duduk mencangkung sambil mencabut rumbut di halaman rumah tiba-tiba menyapa dari jauh. "Nah oh Nah". Nah tu panggilan mak ku yang bernama Maznah.

Rupanya makcik jiran yang agak jauh juga la rumahnya, dalam hatiku jauh makcik ni berjalan pasal nak sebar gosip. Andaian ku tersasar rupanya, niat baik rupanya makcik tu datang. Pelan-pelan dibisikkan ke telinga mak ku tapi aku dapat curi dengar. "Nah anak ko yang perempuan tu kosong lagi ke?", aku tengok mak ku tersenyum sambil ketawa. Biasa itu memang trademark mak ku, biasalah orangnya pemalu dan cepat mesra dengan orang.

Mak ku pon terus jawab, yang kakak ku baru jer putus tunang. Ikutkan itu adalah kali ke-2, tapi kakak ku sabar je aku tengok.

Terus jer makcik tu bagitau yang jiran sebelah rumahnya mencari calon untuk dijodohkan dengan anak sedaranya. Terus mak ku kata boleh..

Seterusnya raya tahun tu, mereka bertemu apabila keluarga pihak lelaki datang beraya ke rumah kami. Jumpa-jumpa terus confirm, tak lama kemudia mereka bertunang di hari perkahwinan adikku yang ke-5 iaitu Norsakdah.

Teringat lagi bila MC semasa majlis perkahwinan kakak ku yang lepas bertanya kepada kedua-dua pengantin macam mana kisah pertemuan mereka. Ku lihat mereka seolah-olah tiada jawapan untuk dijawab kerana semuanya adalah perancangan ALLAH yang sangat ajaib untuk pertemukan jodoh mereka.

dengan mak dan abah

kakak ku dengan mentuanya

Dan aku rasa amat bersyukur kerana menjadi sebahagian dari kisah ini.

Semoga mereka bahagia hingga ke syurga. Amin..

p/s: harapan ku begini jua ku ingin kan Insyaallah

01 June 2012

Cara mudah mencari muka surat dalam Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Aku dapat email ni dari abang aku yang telah di forwardkan oleh ramai orang, sampai ke aku, aku pulak tak pernah nak buka. Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk buka email harini dan terjumpa lah email ni untuk aku kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian.



Mari Kita Cuba....! 

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. 




Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 

P/S : Mari kita berkongsi ilmu ye kawan-kawan semoga ilmu itu dapat berkembang...

30 May 2012

Kakak Kawen, Aku Bila?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah pada 26 Mei lepas kakakku selamat diijab kabulkan, setelah mengharungi waktu sukar 2 kali putus tunang akhirnya Allah makbulkan jua doa beliau. 



Tapi yang peliknya aku dengan abang aku dah macam artis asyik ditanya soalan cepumas, korang tau lah apa soalan tu kan. mungkin sebab semua adik-beradik perempuan aku dah selamat berkahwin dan seorang bertunang.



Mungkin belum sampai jodoh kot, sesungguhnya sabar tu lah cabaran paling sukar nak kita harungi. Ikutkan hati semua orang nak berkahwin kan. Tapi apa kan daya kita hanya merancang dan dah tentu Allah yang menentukan jodoh.

Kadang-kadang ada ketika apa yang kita suka tak selalu kita dapat dan ada ketika perkara yang kita tak mahu selalu jer menjelma, itu lah perancangan Allah. Dia mungkin nak kita lebih bersedia ketika tiba waktunya, agar tanggungjawab tu mampu kita pikul.

Sampaikan ada pakcik tu siap offer kat abang aku anak sedara dia lagi depan-depan aku pulak tu, aku tak nak pulak di offer nyer..huhuhu..

Apa-apa pun hidup mesti terus, tapi kadang-kadang geram jer tengok orang dukung anak sendiri.

P/S: kadang-kadang pelik la dengan orang perempuan zaman sekarang ni, lelaki ramai kot..entah apa ditunggunyer....nak tunggu dato' masuk meminang ler tue


16 May 2012

Rumah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Setelah puas buat window shopping untuk cari rumah yang sesuai untuk dibeli aku telah senaraikan 2 pilihan untuk aku pilih. Iaitu yang pertama adalah taman perumahan baru di KLIA iaitu berhampiran dengan Taman Langat Murni dan kedua di Salak Tinggi iaitu fasa 2B Taman Salak Idaman.

Mengikut pengiraan dan perbandingan kedua-duanya mempunyai jarak yang sama dari tempat kerja aku sekarang. Lebih kurang 23-26 KM atau 30 minit perjalanan. 

Aku telah menghubungi kedua-dua ejen, salah 1 amat beria-ia iaitu ejen rumah di KLIA. Sementara ejen rumah untuk Taman Salak Idaman agak kurang menunjukkan minat dengan hanya memberi respon SMS saja walaupun hati aku lebih kepada rumah disana kerana kelebihan saiz, harga dan status milikkan iaitu hak milik kekal.

Khamis, 10 Mei aku buat janji temu dengan En Jepri ejen rumah di KLIA, beliau agak beria-ia untuk aku beli rumah disana, tapi walaupun dah berkali-kali dengar tawaran beliau dan melihat gambar-gambar rumah sedia ada, tapi hati aku rasa macam tak suka jer. jadi aku minta masa dan minta untuk lihat sendiri kawasan rumah tersebut hujung minggu tu.

Lepas jumpa En Jepri, aku terus survey dan buat solat Ikhtikarah untuk minta petunjuk agar keputusan yang akan aku buat adalah yang terbaik. Sementara aku dapat SMS dari ejen rumah di Taman Salak Idaman mengatakan ada lagi 12 unit masih ada. 

Sabtu tu aku, Kerol, Shai dan abang Hasman pergi ke KLIA untuk tengok kawasan rumah di KLIA, agak sedih sebab jalan agak teruk ditambah dengan banyak lori yang lalu kawasan tu, memberatkan hati aku lagi. En Jepri bawa kami pergi side-office iaitu rumah 2 tingkat yang dibina oleh pemaju yang buat rumah baru tu. Agak sedih sebab rumah tu banyak retak-retak. Masa untuk buat keputusan, aku macam tak puas hati, terus keluar dan kol ejen rumah di Taman Salak Idaman, Alhamdulillah dapat, dan beliau bagitau masih ada unit kosong dan aku boleh tengok sendiri. 

Kami berempat terus belah dah bagi kami akan bagi jawapan hari Isnin untuk bagi hint bahawa kami reject rumah kat situ.

Kami terus ke Taman Salak Idaman, survey kawasan dan tengok rumah fasa 2 yang dah siap 98%. 









Step 2: Buat surat kelayakkan pinjaman dan jumpa pemaju direct untuk booking

p/s: Aku dah booking rumah ni..sambung nanti la cerita yep.

13 May 2012

30 tahun 3 rumah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Salah satu azam aku tahun ni adalah beli rumah, jadi mula dari bulan lepas aku dah mula window shopping dalam internet ni survey rumah yang dikirakan aku mampu miliki dengan gaji aku dah banyak kene potong akibat joint bisness yang bukan-bukan dulu, takpa jadikan itu semua tu iktibar.


Rumah oh rumah


Syukur aku dapat naik pangkat, gaji naik sikit je la, Alhamdulillah boleh lah agaknya beli rumah dalam range harga RM205k, itu pun kalau tak kantoi dengan BPP. 

Minggu lepas entah kenapa tetiba pagi isnin tu lepas sarapan, lepak-lepak kat opis sebab takde kerja aku pun survey la harga rumah di internet, tetiba dalam hati berkata kalau asyik tengok jer tapi tak bertindak sampai bila kan? tiap-tiap tahun harga rumah sentiasa naik.

Jadi aku fikir, perlunya aku menlangkah 1 step lagi iaitu survey dan beli terus. Tapi sebelum aku terfikir ada budak-budak opis yang sibuk buat urusan pembelian rumah kat opis ni. Jadi bertanya lah aku dengan Jep kawan opis yang akan dapat kunci hujung tahun ni. Menuntut lah aku step-step nak beli rumah gunakan loan goverment ni.

Dalam waktu menuntut tu ramai la kawan-kawan tanya, wah nak beli rumah dah, kat mana? harga berapa?....wah orang kaya..hihi macam-macam lah diorang ni. Tak peduli aku perli-perlian dorang ni..

Step 1. Cari rumah

Hahaha..kenapa aku gelak, sebab aku tak tau pon lagi rumah kat mana aku nak beli.

Jadi bertungkus lumus lah survey kat internet. Dan kena fikirkan situasi-situasi dan ciri-ciri rumah yang aku nak beli tu jugak. Samada aku nak duduk atau sewakan, samada nak beli dekat dengan opis atau nak beli dekat kampung di Johor.

Siap!!

Keputusannya: aku nak beli kat area sini, maknanya area dekat dengan Putrajaya. Option yang ada bergantung kepada kemampuan adalah di kawasan Dengkil, Sepang dan KLIA.

Bersambung.....

p/s: tunggu update seterusnya..nak cau p umah membe..

11 May 2012

Keputusan Penting!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT,

Hari adalah hari untuk aku buat keputusan paling penting dalam hidup aku. Dah buat Ikhtikaroh 2 hari, harap-harap keputusan ni akan buat aku tak menyesal nanti.

tak semudah makan nasi...hahaha
p/s: redah jer lah...

07 May 2012

Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT,

Lepas je aku sambut ulang tahun aku yang ke 28, aku pon scan diri aku ini. Umur dah dekat 30-an awek tak ada, kereta tak ada, rumah tak ada, degree buat pun tak habis-habis, aku rasa betul-betul diri aku ni "totally a looser". 

Hinggakan ada orang sanggup hantar sms yang penih ni:

 ''Wslmsalam ...x perlu la msg b'tany kbr.. sy mlas la b'kwan dgn org yg cengeng, mdah kcil hati n b'angan lbih dr usaha.."

Bila anda semua baca memang anda memang akan mengiya kan bahawa aku memang seorang "Looser". Pedih ulu hati itu jer yang dapat aku katakan setakat ni.

Tapi hidup tidak berakhir pada umur 28 kan? masih belum terlambat untuk aku jadi seorang yang berjaya, berjaya bukan pada erti rohani dan jasmani tapi dari segi material (harta).

Cakap senang tapi semua perlukan rancangan yang bagus, sebagai seorang amatur aku perlu dapat rancangan dari orang yang lebih berpengalaman dan berilmu dari aku, cara mudah adalah dengan meng"google". 

Terserempaklah dengan buku ni dekat blog Eyriqazz. Beliau bukan penulis tapi buku ini lah yang akan bagi aku serba sikit idea dan rancangan dari orang berpengalaman untuk menjadi orang yang berjaya 1 hari nanti

WTF?

Serba sedikit petikan dalam buku ini oleh abang Ariff :

WTF?

Meminjam wang daripada ibu bapa saya bukanlah satu persoalan lagi kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu. Girlfriend saya pula mempunyai sejumlah wang, tetapi saya tahu pastinya dia berat hati untuk meminjamkan wang hasil titik peluhnya. Lagipun, dia tidak mempunyai wang tunai RM28,000. Pinjaman peribadi pula bukanlah pilihan yang tepat kerana kadar faedah tahunan sejumlah 14% adalah terlalu tinggi dan saya tak pernah suka mengkayakan bank. Ah long? Tidak sama sekali. Saya tidak mahu dikejar dengan parang hanya disebabkan kadar faedah pinjaman dicagarkan dengan nyawa saya.
Walau bagaimanapun, saya bernasib baik. Suatu hari, rakan saya Wan menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dia ingin membeli sebuah komputer riba di internet tetapi disebabkan dia tidak mempunyai kad kredit untuk membayarnya, dia ingin menggunakan kad kredit saya untuk pembelian tersebut dengan pembayaran penuh kepada saya secara tunai. Apabila dia tunjukkan saya iklan komputer riba berjenama Dell yang ingin dibelinya, saya ternampak sepotong ayat yang memberikan sedikit harapan kepada saya untuk mengumpulkan RM28,000 tanpa sebarang faedah.
“Ansuran 12 bulan tanpa faedah boleh diperolehi melalui kredit kad bank XXX”
Pada masa itulah saya sedar kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna dan saya boleh gunakannya untuk mengumpulkan sejumlah RM30,000 sebagai modal sasaran. Saya bersetuju untuk menerima tawaran Wan dan membeli komputer tersebut, ambil tunai RM2,400 daripadanya dan tukarkan pembelian tadi kepada ansuran 12 bulan tanpa faedah. Kalau saya dapat mengulangi langkah ini beberapa kali lagi, saya akan dapat mengumpulkan RM30,000 saya dalam masa yang singkat.
p/s : tajuk pon ganas, macam agak mencarut sikit hahahaha

01 May 2012

28

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku nikmat kehidupan, semoga dengan bertambah usia ini, bertambah jua Iman dan Taqwa kepada-Nya.

Iye, usia aku bertambah lagi. Sebentar  tadi aku tonton 30 minit Ustaz Don istimewa sempena episod yang ke-100. Dalam rancangan tu Ustaz Don bagitau umur beliau, tak sangka sebaya dengan aku.

Perjalan hidup ini masih jauh
Tapi jauh disudut hati aku bertanya apa yang dah aku capai selama ini?? kerdil jer rasa diri aku ni, malu dengan diri sendiri bila rakan-rakan sebaya semua berjaya dalam hidup membanggakan ibu bapa dan keluarga mereka.

Tapi juga belum terlambat untuk aku gapai impian untuk berjaya dalam hidup ini.

Aku selalu ingatkan pada diri aku sendiri, kejayaan, harta bukan ukuran semuanya akan kembali kepada satu iaitu pencipta.

p/s: hidup tanpa cita-cita mati, cita-cita tanpa usaha mimpi, usaha tanpa doa tragedi...

Jalan-jalan di Melaka

Assalamualaikum WBT,

Sabtu lepas akiviti DR, aku memang cadang nak balik kampung untuk melawat anak buah kedua, yang berumur 19 hari. Muhammad Aqil Asraff itu nama yang adik ipar aku bagi pada bayi lelaki yang lahir seberat 3.7 kg pada 11 April lepas. Aku cuma sempat tengok gambar yang adik aku MMS kan. Kali ni teruja nak balik.

Selain dari tu kawan-kawan pejabat cadang nak melawat tempat-tempat menarik di Melaka, selama ni aku selalu jer lalu Melaka tapi tak pernah terfikir nak singgah, maklumlah menunggang motor sorang-sorang. Antara tempat yang sempat kami lawat adalah Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Makan Asam Pedas, dan juga masuk kedalam Muzium Kapal.

Sempat aku tangkap gambar guna telefon murah aku ni, jadi enjoy!:-


















































p/s: fakta: Zoo Melaka ni adalah zoo yang ketiga pernah aku kunjungi, selain dari Zoo Johor, dan Zoo Taiping, semuanya berlaku dalam transisi hidup aku zaman tadik ke Zoo Johor, zaman poli ke Zoo Taiping dan sekarang zaman perkerjaan ke Zoo Melaka dan Insyaallah lepas ni zaman keibubapaan pula.