Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah selamat sampai dari Kuala Terengganu. Ini adalah ride keje giler pertama aku selain ride balik kampung kat Johor. Semestinya suatu pengalaman yang amat berharga bagi aku dalam hidup ni. Aku rasa ni mungkin bukan yang terakhir huhu..seronok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ni.
Ride ni bermula hari jumaat lepas, lepas jer balik dari latihan kawad (nanti aku citer), aku terus siap packing barang-barang kelengkapan. Gerak dari rumah sewa kat Sg Merab, Bangi pukul 12.30 tengahari. Aku dengan Shuha memang plan nak jamak dan Qasarkan Solat, jadi hari tu tak solat jumaat.
|
Shuha bagi tanda bagus siap sedia nak merempit.. |
|
Motor Belang aku dah macam kuda dah. |
|
Ride pertama dengan motor baru ni. |
Persinggahan pertama adalah pekan Karak, lepas mengharungi Highway KL-Karak mengusutkan kepala otak aku, serta membuatkan aku gayat tak hingat. Patutla budak-budak pantai timur teror buat lap maut. Bila banyak sangat lap perut pon lapar jadi kami pekene makan tengahari kat pekan Karak ni dalam pukul 1.30 tengahari sedangkan orang tengah solat jumaat, tapi niat musafir dah.
|
pekan Karak (bukan citer politik) |
Lepas jer makan kami teruskan perjalanan. Shuha ajak ikut jalan dalam sebelum masuk Highway Gambang, jadi layanlah keindahan alam negeri Pahang. Banyaklah nama-nama tempat yang pelik aku lalu sepanjang jalan tu.
|
isi minyak area Maran kot. |
Sampai area Chenor, kami singgah kejap Masjid untuk jamak dan qasar solat kat sini
|
Benti solat kat Chenor |
|
dalam masjid Chenor |
|
Signboard pecah tanah pon aku amik |
Aku dah berapa ingat dah jalan yang kteorg lalu, tup-tup dah masuk Highway Gambang. Punyalah sedap meroket kat sini sebab kenderaan tak banyak, LC Shuha punyalah sampai Belang aku tak boleh kejar, cucuk bole la. Tengah sedap meroket hujan pon mula turun. Jadi kami pon bertukar costum jadi Power rangers.
|
Shuha jadi rangers hitam kelabu asap. |
|
aku pulak rangers biru gelap..ade ke?? |
Setelah meredah hujan yang sangat lebat sepanjang Highway Gambang. Alhamdulillah akhirnya sampai Kuala Terengganu, jam kira-kira pukul 9.45 malam masa ni, kami berhenti lepak dekat satu dataran depan pentas orang menyanyi kat pandai Batu Buruk. Masa ni angin sepoi-sepoi bahasa macam nak hujan pon ada. Sempat lepak dalam 20 minit gitu, usha-usha awek ganu.
|
Sampai jugak KT, kampung tak lagi. |
|
muka penat dan ngantuk |
|
lepak kejap.. |
|
sampai jugak kat Ganu. |
Ingat nak lepak lama lagi tapi memandangkan mata yang makin berat, kami pon blah cari tempat tido. Cadangan awal nak tido dekat surau area rumah member yang kawen esok hari tu. Tapi bila fikir balik, susahkan orang surau pulak. Kami pon melilau Bandar Kuala Terengganu cari hotel bajet, kira-kira dalam 6-8 hotel kami survey. Last-last paling murah RM 55 semalam, dah malas nk cari dah bantai tido jerlah.
Bangun pagi tu, hujan turun renyai-renyai kat Kuala Terengganu, kalau nak ikutkan plan patutnya dalam tengahari terus ke Ajil, rumah Jai Kawen. Memandang abang Syahman ada ikut sekali, jadi tak salah singgah selagi die ada kat rumah ni.
|
rumah Syahman penuh dengan pendatang asing. |
Sampai-sampai tu diaa..muka-muka orang yang baru sampai pukul 4 pagi tadi, mengalahkan orang yang ride 6 jam huhuhu..Anak-anak abang Syahman ni, Samiha dan Rahimi mula malu-malu, tapi bila dah kenal mula nak manja-manja dengan Shuha, Bhai patut kawen dah ko.
|
Shuha layan anak-anak abg Syahman |
|
nak test power ke? |
|
rumah abang syahman di Bukit Payung |
Dalam perjalan ke rumah Jai, jumpe restoren McGyver, mesti die masak dengan cara pelik-pelik ni.
|
McGyver buka restoran kt Ganu.. |
Perjalanan Balik :
|
Petronas Cherating |
|
Rumah Shuha kat Tanjung Sepat |
|
siap sedia nak balik |
p/s: seronok sebenarnya ride ni, mendekatkan kita dengan pencipta, kenapa? yela tengok hutan-hutan ciptaanNya...Subhanallah