30 June 2009

Antara Cinta & Kawan


Salam wbt...pagi2 bukak2 jer email dapat mail baru...bersubjek : ANTARA CINTA & KAWAN..rupa-rupanyer mesej forward...tapi apa2 pun..bgs jugak untuk renungan









Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??




Kerana
CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??











Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??






Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??




Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....


Walau kita punya couple,
teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga.


Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya.
Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!

frenz never break...............




hermm...aku mcm penah terkene la dengan kata2 kat atas nih...syukurlah aku cepat sedar...klu da terantuk baru nk sedar mesti ramai kawan yg hilang...

orait layan...



Macam best jer? bacala lagi....

25 June 2009

Tips-tips mencari jodoh

Tips-tips mencari jodoh

sebelum aku ader post entri tentang jodoh oh jodoh..kali ni aku nk petik entri dari sahabat blogger aku http://jivebumz.blogspot.com ...bole la kirenyer jadi sambungan utk entri lepas tue...selamat membaca..selamat beramal..



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Hari nie kita layan tips eh..jiwang la cket... :p

moga berguna kepada kita semua ya!

14 June 2009

TIPS: APA YANG WANITA TAK SUKA TENTANG LELAKI

Salam wbt. rasa da lama sungguh aku x online...klu dah x online da tentu x post entri btl x???
so kali ni aku nk kongsi sikit tentang tajuk entri kali ni...baru2 ni aku ader beli buku dr hm tuah yang terbaru "MEMBINA UNGGUL LELAKI"..



dalam buku tue dr tuah bgtau ader 3 perkara yg wanita x suka tentang lelaki :
1. Terlebih berlagak:
Orang perempuan memang x suka org laki yg terlebih berlagak..ala poyo la kirenyer...kite ingt kite bole impress dorng la. contoh la kite ader kete besa dan kite berlagak depan kwn2 die...sbnrnye bkn die bangga klu boyfriend ader kete besa..tapi sebenar menyampah aderla...ha!! 1 lagi jgn belagak dgn barang pimjam..x kesa la kete ker,, moto ker..pape la...klu kite nek moto ckp jer nek moto perempuan ni x hal sbnrnye...yg penting kite jujur.

2. Terlebih merayu:
perempuan akan rasa hilang hormat pada laki yg terlebih merayu ni..lagi2 klu menangis tersedu-sedu...ala masa gaduh la menangis kan sifat perempuan mesti la perempuan xank laki yg bersifat mcm tue...bg org yg bercinta la..@ org yg baru nk tackle awek kot..ckp cuma bgtau sekali jer hasrat kite nk pada perempuan..selebihannyer biarkan die fikirkan sendiri..ha!! 1 lagi mahalkan cinta kite...ala mcm jual mahal tue...berpada-pada la..ala zaman sekarang ni klu perempuan x mau...kite tinggal jer...org putih ckp "take it or leave it"...

3 Terlebih menyayangi
ala contoh kite br jer bercinta dengan nyer..jgn amik berat lebih2....ala2 kadar jer..jgn la smpai terlebih gentle man sgt...takat nk tarik2 kerusi masa makan kt kedai mamak..aper kes??? malu la beb...klu aku jadi perempuan nek rimas la..yg penting control macho..be yourself...lelaki kan dijadikan semula jadi macho.."so gone with the flow bro"

okla untuk jejaka macho kt luar sana..just be yourself... kite memang da macho..cuma tinggal nk control jer..hihihihi



02 May 2009

Jodoh oh Jodoh...

Jika kita sedang serabut, sedih, kecewa atau kesimpulannya “emotionally disturbed” memikirkan tentang apa saja tentang JODOH yang sangat memberatkan fikiran, coretan di bawah more or less dapat motivate kan diri sendiri dan kawan-kawan semua.
Photobucket

Renungkanlah Sedalam-dalamnya.

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai ALLAH SWT dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi ALLAH SWT dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² ALLAH sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi..” “

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Macam best jer? bacala lagi....

29 April 2009

Kisah Cerita Gambar dalam H/P aku...

Salam wbt..arini kt pejabat masa aku belek-belek H/P buruk aku nih..tetiba datang idea untuk entri kali ni..idea aku..aku nak masuk semua gambar-gambar yang ada dalam H/P masuk dalam blog aku ni..dengan sikit cerita la dari gambar tersebut..okeh..jom layan
Photobucket
Gambar pertama ni adalah gambar keluarga aku, gambar diambil masa malam pertama raya puasa tahun 2007, untuk pengetahuan masa ni arwah adik aku MuhamadaReduan(Wan) masih ada, arwah yang duduk belah kiri.
Photobucket
gambar ni masa ni aku tengah study untuk final exam baru-baru ni..abang angkat aku yang amik..masa tue dia tido rumah aku..ingatkan tido rupa-rupanya tangkap gambar curi hihihi..pastu die send MMS kat aku masa aku tengah study...bluetooth kan senang ekekekek...
Photobucket
ni aku suke...gambar anak buah aku anis..ibu die(merangkap adik aku) yang send kat aku.. katanye masa ni nak pergi kenduri kawen rumah sebelah..kawan sebaya aku kawen..melepas aku...
Photobucket
ha ni pun aku suke...abang angkat aku yang edit gamba ni..untuk bagi semangat kat aku...untuk final exam lepas..pastu gamba ni la jadi wallpaper h/p aku..memang aku suke sangat2 gamba ni..
Photobucket
Photobucket
2-2 gambar kat atas ni aku dengan anak buah aku anis, masa ni kat rumah baru adik aku..baru pindah..so aku luangkan masa untuk ziarah dorang...sebenarnya nak jumpe anis..
Photobucket
gambar ni sedih sikit..hihihi..oleh sebab tak bayar bil api so rumah terpaksa bergelap 1 hari 1 malam..hihihi keteorang buat EARTH DAY...dorang buat sejam je...tapi wrong timing hihihi esok aku ader exam..terpaksalah guna lilin untuk study...
Photobucket
macam mana ader gambar ni pun aku tak tau..kalau nak tau ni abang aku no 2..sahril..mesti die tangkap curi-curi guna h/p aku..nak anta kat awek la tue...
Photobucket
hihihihihi..tengok jer mesti aku gelak sendiri punyer..pakcik aku jumper kat hospital kajang masa aku temankan Ez. Pakcik ni maybe terencat akal kot...masa ni kaki die patah..tapi asyik berjalan jer kacau orang..orang panggil die papai...lawakla...biler die senyum..hihihihi

Photobucket
gambar ni pulak adik perempuan aku dengan suami nyer...masa aku datang ziarah rumah baru dorang...
Photobucket
masjid putrajaya..mesti korang tak percaya aku amik gamba ni guna h/p aku yang cume 1.3 MP jer..hihihi..tapi aku edit sikit la bagi terang warna nyer...indah sungguh masjid ni.
Photobucket
gambar aku....seingat aku, masa ni kat pejabat ader kawan perempuan nak mintak gamba so aku pun snap jer guna h/p..pastu terus die tak balas mesej..hihihihi..maybe tak cukup handsome kot aku...ekekekek...
Photobucket
Lepas tamat kursus BTN..sebelah aku tue Amri orang sabah kerja di Port Klang...gambar ni tangkap guna h/p amri..so aku mintak die bluetooth kan...ader rasa cam hang tuah lah...
Photobucket
Korang kalau tengak gambar perempuan mesti pikir yang ni gamba awek aku...sebenarnya bukan..ni wani..adik angkat aku..sekarang study kat sungai buloh..bukan study tengah kursus kot untuk jawatan Inspector kesihatan....die kata die makin tembam so die anta gamba...ermmm betul la kot tembam sikit da..
Photobucket
Photobucket
cuba teka kat mn??? sape yang keje kat putrajaya mesti dapat cam..gambar ni aku tangkap ikut tingkap bilik pengarah yang baru..masa ni blom siap lagi bilik ni..kira-kira masa sebelum Maghrib nih...
Photobucket
last sekali...gambar ni baru jer pagi tadi aku amik...masa duduk kat meja ni..aku tengok..shoot yang cantek...so aku pun sanp jer guna h/p....depan sekali tue nama aku ler....
wah banyak jugak gambar yea..dalam h/p aku...dalam h/p aku tak ada yang sensord2 sumenyer halal boleh tengok....

Macam best jer? bacala lagi....

28 April 2009

Ader gaya Model hahahaha....

salam wbt...hujung minggu lepas aku ikut kawan serumah pergi ke hari keluarga Pengurusan KDRM KLIA, hari keluarga tahun ni buat kat Pengkalan Balak, Melaka..tahun lepas pun aku ikut jugak hihihihi..aku memang suka menyibuk..free la katakan...tajuk entri takder pun kene mengena dengan hari keluarga pun..nak tau?? ha layan jer la gambar-gambar orang perasan nak jadi model...model untuk diri sendiri la...
Photobucket
tengok Paan yang berbaju kuning tue..muka tue penuh fokus hihihi
Photobucket
tengok Paan lagi hihihi..ader gaya la...
Photobucket
ai..ni gaya tomoi nih..
Photobucket
aku cam besa ala-ala sopan gitu...(perasan)
oleh sebab dah lama aku tak sentuh Photoshop, aku jadi cam tak reti nak mengedit la pulak..lagi-lagi da masuk Photoshop CS4..takpe-takpe nanti aku study semula...
Macam best jer? bacala lagi....

25 April 2009

Bila Kerja dah Siap....

Salam wbt...entri kali aku preview gambar-gambar menarik kat rumah.....hihihihi
macam ni lah jadi nyer biler sume keje da siap...layan jer lah...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
layan la dulu gambar-gambar mentah nih....tunggggggggggggguu versi editing...mesti lagi meletop...ekekekekekekeke....peace

Macam best jer? bacala lagi....

24 April 2009

Showroom Proton Exora

salam wbt...hmmm entri kali aku nk tunjuk gamba-gamba masa aku pergi tengok kete Proton Exora kat Taman Semarak, Nilai.
aku datang dengan Paan, saja nak ushar2 kete baru nih...
Photobucket
bagus3....

enjoyla gambo2 kt bawah..memang basau la..beza la dengan kete-kete buatan proton yang len..
Photobucket
paan jadi model...
Photobucket
tengok brother ni 3 kali saiz aku bole masuk third row tue...
Photobucket
Photobucket
basau dan luas tue
Photobucket

Macam best jer? bacala lagi....

17 April 2009

Membe pijak kepala!!!!


Salam wbt..

entry kali ni tajuknyer mcm ganas jer...
sepatutnyer kene ganas dan garang..sebab aper??? mengenangkan dapat member yg suke sgt pijak kepala biler kite bg peluang @ ruang..x kesah la dlm papehal pun..keje ker, urusan peribadi ker..pape je la...
Aku ni jadi suke jaga hati org..dan berharap sgt yg org buat mcm buat tue pd aku..tp malangnyer manusia rambut jer sama hitam, hati lain2..ader yg busuk berulat MasyaAllah..

tapi mungkin aku ni x penah serik dipijak kepala...sejak dari kt sekolah lg aku mcm ni..mengharap ader seseorang yg faham dan tau..bhw aku jg hati nyer dalam aper perbuatan aku..walaupun dlm perbualan sekali pun...
tapi tue adalah aku...aku x suka la nak ubah2 diri untuk org len..penah ke org len berubah untuk aku??!!!
aku pun x suke la nak marah2 org...
tue manusia...ader jugak sanggup menipu org demi untuk dptkan perhatian..x paham?? mcm ni aku citer kan..

kisah 1:
A dan B kawan baik..suatu ari A citer pada B yang die benci sgt dengan C. Suatu hari A dan B jumpe D, mereka pun berborak..untuk pengetahuan, D mempunyai anak perempuan yg cantik. Dalam perbualan mereka D bagi tau yg beliau sgt baik dgn Si C. Secara tetiba saja A bgtau pada Si D yg die pun sgt baik dgn Si C...hermm cuba fikirkan jika anda adalah B aper yg akan bermain dalam fikiran anda????

So mcm mn, anda rasa getarnyer??!!!!!!

13 April 2009

Balik Kampung....

Salam wbt, salam ceria, salam sayang untuk pengikut aku yng setia..cam ader peminat jer.
Photobucket
Setelah ber hempas pulas menyiapkan assignment dan menduduki mid term dan final exam, aku pun me"reward"kan diri dengan balik ke kampung untuk jumpa mak abah, dan keluarga..terutama sekali anak buah aku yang comel iaitu Anis.


Tapi malangnya Anis join Ibu dan Ayah dia pergi rombongan ke Air Papan..hermm kempunan aku nak bermanja-manja dengan Anis, baru la nak letak gamba baru dia didalam blog ni.
Photobucket
Anis yang cumel..
Tapi takpe dapat jumpe mak abah dan adik beradik lain pun dah cukup bagus dan aku bersyukur sangat-sangat sebab mak abah serta adik beradik yang lain sihat Alhamdullilah.

Tak lupa juga pada keluarga angkat aku yang sempat aku singgah di Muar, Alhamdullilah semua sihat.Walaupun cuma dapat balik waktu aku Rest dan Off jer.
Masa kat kampung banyak perkara di bincangkan dengan mak abah dan adik beradik yang lain, terutama sekali dengan Abah dan Aril yang nak start untuk berkebun, maklumlah abah bukan larat lagi nak bekerja, so altenatif lain cuma berkebun dan aku rasa idea tue memang bagus, lagipun semenjak mak berhenti kerja tak ada apa yang di buat kat rumah tue, sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan dan menyihatkan badan. Kadang-kadang bila mengenangkan mak, rasa cam hiba jer..sebab mak dari aku kecil sampai aku besar tak pernah berhenti bekerja..mak memang tak kenal erti penat..mungkin sekarang dah tiba masa untuk aku balas jasa dia.

kekadang aku terfikir..mampukah aku jaga Mak Abah bila dorang dah tak mampu hidup sendiri nanti..Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.

03 April 2009

Akaun Facebook aku...

Shahrizan Rajak's Profile | Create Your Badge
Shahrizan Rajak's Facebook profile

Salam wbt..hari ni adalah hari yang cukup mentensionkan, sehari suntuk aku study untuk exam Web Publishing ahad ni, dan lupa juga Networking yang susah giler tue...sudahla gap cuma sehari jer, alamatnya pecah kepala nak buat revision..

Tapi memang kebiasaan tabiat aku bila tension mesti nak buka tenet ni..ha lagi-lagi blog ni la. nak ikutkan semua post yang aku hantar semuanya masa aku sedang dilamun tension yang kurang kronik. untuk itu dengan rasminya aku dapat menyiapkan akaun FACEBOOK huhuhu, tapi sorang kawan pun tak ada lagi. harap-harap adalah yang nak menjadi pengikut, peminat atau penyebok ker aper ker asalkan ada la senarai kawan kat FACEBOOK aku nih..
Bagi pendapat aku hmmm FACEBOOK satu apkasi WEB2.0 yang memang powerfull...sebab semua aplikasi lain menyokong nya..tak hairan dalam jangka masa yang singkat ia sudah jadi kegilaan ramai..termasuk aku lah..huhuhu..
ok lah aku nak sambung study dulu lah..untuk kawan-kawan sekalian terima FACEBOOK aku seadanya yer...okeh Wasalam wbt...

30 March 2009

Tension siot!!!!!!!!!!!!.....

Salam wbt..
Photobucket
rajinnyer anak sape nih...bagus3-sape la yang bertuah dapat die ni ek..



sewaktu post ni di karang jiwa raga aku sedang dalam kekacauan..hihihihi..macam love story plk..eish bukan3...sebenor tension beb..nak final exam rabu nih..aduss...byk nyer nk bace..mujur aku da amik cuti, klu tak mesti semakin serabut dan kusut jiwa raga dan dah tentu otak jadi penin2 lalat...dan mase aku karang ader plk membe dok kaco..arggggggghhhhhhhhhhhh... klu ye pon sabo la jap aku siapkan..ehehehe (bukan marah tau..)

Photobucket
alamak rambut orang tension la ni


walaupun cume 3 subjek jer..tapi rasa cam amik 8 subjek jer..masa memang cemburu sangat kat aku(bile masa ntah aku ngorat awek die..) nak tak nak kene bagi abes jugak bace buku and then buat soklan2 final yang lepas2 yang aku dak compile baik punyer..
tapi pelik jugak kata tak cukup masa, tapi gatai tangan dok anto post ni watpe hihihihi..eish lagho3...ah..peduli ape..
ehem..boleh siap tambah lagu lagi..lagu taubat oleh Opick..mestila ader dkwah ckt2 baru bole dapat pahala..ckt pun xpe..


Photobucket
opick-best
abes bersepah-sepah meja aku..klu kemas da tentu tak terkemas punyer..
Photobucket
Photobucket
workstation aku ler

27 March 2009

Pertama kali jejak kaki di Terengganu

Salam wbt...
Photobucket
aper kene ni??? layan beb byk lagi gambo kat bawah ni...zashh..hihihi

sebenornyer kisah ni aku post lama dah..tapi sebab pc condem jadi tertangguh lah...bukan aper cume nak kongsi2 gambo masa aku pergi Terengganu menganto Ady dan wife die ke umah mentua Ady lah kat Besut. Walaupun jadi kelendan jer hihihihi..sebenarnyer Ady ajak sebab die takut drive sorang oleh kerana die ni keje malam sll so biler drive siang die memang nak lelap jer hihihi..so untuk keselamatan la aku jadi kelendan tue....

ha gambo2 nih ditembak gunakan HP jerk...sbb tak rancang pun nk mandi pantai, lagipun time2 hujan mana org nak mandi pantai..bahaya woo!!!! tapi tgk jer la..hihihi


Photobucket
Ni geng berani lemas hihihi



Photobucket
sila jangan tiru aksi ini huhuhu..



Photobucket
adik ipar Ady jadi mangsa..



Photobucket
ha ni ha hasilnyer..perghh maveless hihihi



Photobucket
alamak Ady ader polis datang hihihi..



Photobucket
arghh xbes3 kite buat ikan duyung nak??



Photobucket
jeng je jeng ikan duyung jantans..hiihihi



Photobucket
nak bagi bantuan penafaskan ker??



Photobucket
jom ma balik..kite tinggal jerk..hihihi

dalam pembikinan duyung nih..x sape pun kene tinggal hihhihi
nak lagi gmbo tgk kt blog Ady..siap ader video lagi...malu den...