02 January 2011

Aktiviti 1 Januari 2011

Assalamulaikum wbt,

Wah..sungguh aku tak ada idea untuk menulis...apa yang ada cuma gambar-gambar dari telepon bimbit ni. 

Bergaya dengan Uniform kerja...Shif malam jer
Kalau tengok gambar memang semua orang tak percaya, secara rasminya aku melantik diri aku sendiri menjadi IRONMAN. Tak dapat dinafikan mengalas tugas menjadi superhero adalah satu tugas yang berat, lebih berat dari menjadi penjaga gol pasukan Harimau Malaya seperti Khairul Fahmi Che Mat. Tetapi demi tanah air tercinta serta bumi ini.

Siap sedia untuk scan penjahat-penjahat zionis laknatullah
Haha...ini semua penangan barang-barang mainan abang si Kerol kat bawah ni, dah beso-beso main mainan budak-budak. Tapi harga mainan ni alamak hai...mahal dari rim sukan motor aku.

Sebenarnya Si Kerol ni mintak aku tolong ajarkan dia buat blog, so pagi-pagi aku datang kerumah. Pagi pon tak pagi sangatla, sebab sampai-sampai jer Kerol dah siap masak Asam pedas dengan ayam masak merah..perghhh meletoop.
Belum sempat nak makan ada geng ajak pergi Alamada. belanja barang dapur.  Terjadi lah adegan kat bawah ni.
Kerol posing kat perabot pameran Carefour
Gambar Kerol tengah lapar ingat asam pedas

Wah promosi
gambar pertama aku 2011 ni...tambah manchorr tak??


tengok jer dah terliur...

Ikan pari masak asam pedas dengan ayam masak merah
Lepas aku melantak hidangan kat atas ni, memang aku rasa si Kerol teror tahap dewa kalau masak. Aku rasa perempuan pon kalah la. Meletop betul asam pedas dia, sebab aku dah penah makan asam pedas kat melaka yang orang canang-canang cakap sedap, tapi ni lagi sedaaapp....
Bila Kerol cerita barula dapat tahu kenapa mamat ni teror masak, rupa-rupanya ayah dia tukang masak tentera, mak dia pulak tukang masak kantin. Kira keturunan tukang masak la...

Kerol leka buat blog, sampai cicak kobeng singgah atas kepala pon tak sedar
Lepas jer kita orang makan dan solat zohor, tiba-tiba je padam sampai ke petang sebab kekenyangan..hahaha penangan asam pedas meletop Kerol.
Malam kita orang sambung dengan blog Kerol yang bernama singlet putih
Post a Comment