07 January 2011

Nota Kerja 2011

Assalamualaikum,

Setahun sebulan bekerja aku rasa ilmu aku amatlah sedikit, berbanding vendor-vendor di tempat kerja aku. Walaupun mereka ni cuma operator saja. Tapi aku cukup respek dengan ilmu-ilmu perkomputeran yang mereka semua ni ada. Semua berkenaan ilmu perkomputeran tahap enterprise, itu maknanyer perisian dan peralatan yang mereka guna adalah tahap antarabangsa, harga pun juta-juta. Kadang-kadang lesen saja dah makan puluh-puluh ribu.

Banyak ni tutorial aku perlu baca, oops dalam folder tu ada lagi.



Kalau dulu masa amik diploma yang aku belajar cuma Visual Basic, Java, Network, Director...entah apa-apa lagi yang langsung tak bermanfaat semasa di alam perkerjaan ni. Bila masuk berkerja ni aku di dedahkan dengan TIVOLI STORAGE MANAGER atau singkatan yang popular di pejabat ni TSM lah. Mula-mula dapat briefing tentang perisian ni, aku cuma boleh nganga jer, sebab langsung tak pernah dengar apa lagi guna perisian ini.

p/s untuk tahu lebih lanjut ikuti sambungan di blogejan ini

No comments: