04 January 2011

Sedekah

Assalamualaikum,




Ceramah di JPN


Pagi-pagi di pejabat aku sebelum masuk pukul 8 pagi, bacaan doa akan di bacakan melalui pembesar suara, ia juga disertakan dengan pengumuman lain. Seperti biasa macam semalam ada ceramah agama tepat jam 1 tengahari di surau di aras B1. Berkat sungguh kerja di JPN ni, 2 hari berkerja di tahun baru ni, 2 hari dengar ceramah. Semalam ustaz sampaikan ceramah tentang zakat, hari ini pula tentang sedekah. Seperti biasa sebelum ustaz tamatkam sesi ceramah untuk solat zuhur beliau akan edarkan bekas untuk para jemaah bersedekah. Tiba saja giliran aku. aku pun buka wallet, "alamak ada RM50 sekeping jer". Aku pun simpan semula wallet dan pas kan bekas tersebut kepada jemaah lain disebelah. Dalam hati aku "ala lain kali boleh sedekah".

Sedekah Tokey Kedai Telepon


Sungguh Ironi, itulah kerja tuhan. Balasan aku dapat dari sikap aku tadi, dibayar tunai petang itu juga. Telepon bimbit E63 aku tidak boleh di unlock selepas kemaskini perisian baru. Puas sudah aku ajukan soalan kepada pak cik Google tetapi setiap jawapan yang aku dapat tak boleh nak selesaikan masalah ni. Jadi jawapannya adalah kedai cina. Habis saja kerja aku terus ke kedai telepon, tokey kedai tu cakap boleh jer nak unlock tapi berbekalkan RM30. Tiba-tiba aku teringat kata-kata ustaz "Biar sedikit tapi berkat".

p/s : "ala lain kali boleh sedekah" - tapi aku dah tersedekah kat tokey kedai telepon daa....

No comments: