22 January 2011

Gadis Pilihan...

Assalamualaikum,

Cerita pasal gadis pilihan hatiku:


Gambar hiasan 


     Semalam lepas kerja Iznor ajak aku main bola petang-petang di sebelah masjid besi dengan budak-budak JPN. "On the way" tu, kita orang terserempak la dengan "aci-aci", ha itu la bahasa simbolik yang Iznor gunakan untuk menandakan yang dia dah nampak "awek-awek", yang lintas jalan atau yang ada di kawasan perumahan percint 18R12 ni.

"Area rumah hang ni ramai aci la, awat tak ngurat sorang" ujar Iznor. Ayat tak boleh tahan betul, dia ingat aci-aci ni anak patung ke senang-senang jer nak ngurat-ngurat.

"Hang ni aku pelik la bila nak ada aci?" Iznor tanya lagi. "Dah hang tak mau recommend satu kat aku" aku balas.

"Hang la aku dah recommend yang baik punya tapi hang tak mau" Iznor tambah lagi. Aku pun jawab "Bagi la yang elok sikit".

"Hang nak macam mana lagi aku nak bagi baeek punya". memang betul apa yang Iznor cakap tu, memang la elok-elok, tapi semua ikut "taste" dia, kalau dah "taste" dia memang la menarik-menarik. Tapi masalahnya tak menarik bagi aku.

"Cuba hang bagitau aku hang nak macam mana?" Iznor tanya...

Aku pun jawab. "Aku prefer gadis yang sederhana jer, dia cantik tapi dia tak perasan yang dia ni cantik. Dia sopan tapi tak pernah menunjuk, maksudnya sopan tue dah macam dalam darah daging dia hihi. Mestila yang ada prinsip hidup, tak mau la ikut-ikut kawan ke, ikut fesyen-fesyen ni, kalau nak fesyen pon pada-pada la. Ikutkan gadis ni cam kampung sikit la."

Iznor terus jawab."Wah susah tue bro, zaman sekarang susah nak cari da aci yang cam tue, hang kena p kampung la".

aku pon clarify pada Iznor : "aku prefer gadis kampung yang bole hidup kat KL ni tanpa terpengaruh dengan budaya sini, maknanya dia ni mampu kekalkan kesopanan dia ala-ala gadis kampung kat KL ni, memang susah nak cari. bak kata kawan aku kat poli dulu. Yang susah nak dapat ni la, susah nak lepas."

P/S: Peduli apa orang kata aku memilih, kalau tak pilih menyesal tak sudah der!!



Post a Comment