Cita-cita aku selain nak menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya. Tetapi sebagai seorang lelaki aku tak boleh lari perkataan yang selalu di labelkan oleh kaum wanita terhadap kaum lelaki iaitu gentleman. Sebagai muslim kita perlula jadi seorang lelaki muslim yang gentleman. Terima kasih kepada Pezol, sebab tips ini aku ambil blog beliau. Terima kasih jugak kepada bintun Sazali aku dapat melalui blog beliau. Orang cakap "sharing is caring".
Kalau jadi IRONMAN gentleman tak?? |
1. Cuci hati selalu.
Elakkan bersangka buruk, memandang rendah atau merasa diri lebih baik, lebih baik, lebih bagus. Cuci hati dengan menghadirkan rasa kehambaan, rajinkan beristighfar meminta ampun atas dosa-dosa anda sama ada besar atau kecil, syukuri segala apa yang anda ada hari ini.
2. Pamerkan Kesyukuran sepanjang masa.
Anda perlu upgrade energi anda. Energi positif membuat anda sentiasa bersemangat. Karisma serta aura anda akan terserlah dari sini. Untuk melatih diri anda menjadi orang bersyukur, tuliskan 100 perkara yang anda syukuri hari ini. Senarai ini adalah senarai perkara-perkara yang anda ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana memberi anda ada semua tu. Mulakan dengan diri anda sendiri. Misalnya, tuliskan rasa bersyukur kerana anda dapat bersarapan pagi, ucapkan rasa syukur kerana anda ada kerja anda untuk mencari rezeki, ucapkan perasaan syukur kerana anda ada kawan-kawan berkualiti. Amalkan tiap hari.
3. Perkemaskan Pakaian, Sesuaikan Dengan Situasi.
Pakaian melambangkan peribadi anda. Untuk menjadi lelaki gentleman, pakaian anda kena sentiasa kemas, bersih serta harum. Bukan nak bergaya, tapi untuk kemas sepanjang masa. Tak semestinya otot lengan kena berketul-ketul untuk jadi lelaki gentleman. Jika ada, itu satu kelebihan. Sesuaikan pakaian dengan situasi di mana anda berada. Jadi lelaki Muslim genteleman, tak semestinya kena pakai kopiah sepanjang masa berserta baju ala-ala Raihan sepanjang masa. Pakaian kena disesuaikan dengan keadaan,barulah senang untuk diterima bergaul dengan sesiapa saja.
4. Jaga sembahyang, kawal kata-kata.
Kawal kata-kata anda. Jangan bercakap perkara yang anda tak tahu untuk menampakkan seolah-olah anda tahu. Jangan biasakan diri mencelah perbualan, kerana anda dianggap biadap serta tidak bersopan. Jangan cuba untuk menonjol dengan ketawa kuat, bersuara kuat atau bergaya lebih hebat. Jangan. Lelaki gentleman adalah lelaki yang menjaga sembahyangnya, mengawal kata-kata di mulut, di hati dan fikiran. Katalah perkataan baik-baik, fikir baik-baik,memuji dengan ikhlas, memberi semangat beserta dorongan dengan ikhlas, bukan sebagai sindiran.
5. Anggap setiap orang ada potensi.
Anggap setiap orang di sekeliling anda ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya, walau dia cuma tukang sapu sekalipun. Pandang setiap orang dengan rasa kagum,kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing diciptakan untuknya. Seperti dikatakan sebelum ini, jangan pandang rendah sesiapa dan elak perasan bagus. Amalkan ini selalu, kesannya karisma serta sikap genteleman akan terbina dengan sendirinya.
6. Lakukan sesuatu bukan kerana duit, bukan kerana pangkat,bukan kerana darjat.
Bekerjalah bukan untuk cari duit, tapi untuk berbakti. Berniagalah bukan untuk mencari untung, tapi untuk memberi khidmat. Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin. Menyanyilah bukan untuk jadi popular, tapi untuk menghiburkan orang. Tolonglah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu,tapi untuk meringankan beban.
p/s : orang yang lembut tu kita panggil gentle tak?
1 comment:
kalau jd ironman, tak tau la boleh jd gentleman ke idak. sbb ironman wt mende ganas2 SAHAJA. haha..;p
Post a Comment