Assalamualaikum,
Hari-hari aku akan bangun pagi, solat subuh dan bersiap ke tempat kerja. Rutin hidup aku tersangat-sangat "basic". Kadang-kadang membuatkan aku rasa bosan dengan rutin hidup ni, Astagfirullah. Aku sangat-sangat rindukan zaman aku belajar dulu. Walaupun semasa di Politeknik, ia tidak mampu dibanggakan seperti berasa di Universiti awam yang gah. Ini kan pula belajar di luar negara. Tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat. Sahabat yang seolah-oleh mengerti apa saja masalah yang aku hadapi, walaupun kadang-kadang beliau sendiri perlu di tegur dengan sikapnya. Tetapi kami sentiasa ingat mengingati sesama.
Aku rindu saat kau kejutkan aku untuk solat subuh berjemaah di masjid. Aku rindukan saat kita sama-sama berlapar semasa kita sama-sama tak ada duit untuk beli makanan. Aku rindu saat-saat kita tunduk membeli makanan di kafeteria pelajar perempuan, sehingga menggigil memegang bekas polistrin oleh kerana kurang bergaul dengan perempuan. Aku rindukan saat kita sama-sama mendengar kuliah Maghrib. Aku rindu saat kita mentelaah pelajaran di masjid kerana tak mahu ketinggalan solat berjamaah di masjid.
Tetapi sekarang aku sendirian, sedangkan kau entah kemana. Ujian hari ini aku lalui sendirian, dikala ia lebih memerlukan seorang teman bernama sahabat.
Bila aku duduk sendirian, aku selalu menanam azam untuk kembali seperti dulu. Tetapi aku masih tercari-cari seorang insan yang mampu aku anggap sebagai sahabat.
1 comment:
Bhai, kahwin jer bhai huhuhu
Post a Comment