12 January 2011

Bila orang senyum..

Assalamualaikum,




Terasa tangan ni nak menulis bila, pagi-pagi lagi setiap orang memandang aku dengan senyuman. Kalau hari-hari macam ni kan seronok. Terasa senang nak memulakan kerja walaupun pagi tadi terasa susah sangat nak bangun subuh. Lepas bila tengok orang yang kat pejabat tak pernah nak senyum tiba-tiba hari ni senyum pulak, wah ajaib-ajaib. Seronoknya aku!!!
Tapi baru aku ingat, tadi sebelum keluar rumah dah setkan minda, supaya sentiasa berfikiran positif. Aku ambil setiap tindakan yang membolehkan aku berfikiran demikian. antaranya:

1. Bangun saja tidur terus berkata dalam hati "Alhamdulillah hidup lagi aku hari ni, apa nak buat yea hari ni..hmmm tak kisahla yang penting lebih baik dari semalam"


2. Solat subuh dan baca Al-Quran walaupun sepotong ayat.


3. Baca atau dengar sesuatu yang boleh menaikan motivasi aku pagi ni. Biasanya aku akan buka lagu nasyid sambil bersiap atau dengar radio IKIM dengar motivasi pagi.


4. Baca setiap target, sasaran, cita-cita yang aku dah catatkan di dinding.


5. Keluar rumah dengan kaki kiri dengan surah Al-Fatihah. Masuk ke pejabat baru kaki kanan, termasuklah masuk ke rumah.

P/s: ni cara aku mungkin ada cara yang lebih baik..."worth of try" lebih baik buat dari tak buat apa-apa.
Post a Comment